Sejak kebelakangan ini beberapa ekor anjing liar tiada bertuan di dapati berkeliaran di kawasan rancangan felda lui selatan.Di dapati beberapa ekor anjing tidak bertuan ini mengganggu sebilangan penduduk felda lui selatan yang melalui lokasi lokasi utama pejalan kaki.Makluman berkenaan anjing liar mengganggu penduduk setakat ini belum di ambil tindakan,berkemungkinan di sebabkan belum ada laporan berlakunya serangan terhadap penduduk felda lui selatan buat masa ini.Jika di biarkan perkara ini berpanjangan ianya akan menjadi lebih berbahaya kerana anjing liar ini akan bertambah dari masa ke semasa.Pihak PENGURUSAN FELDA di minta memberi kerjasama dan juga PIHAK KESELAMATAN KAMPUNG perlu mengambil berat memandangkan majoriti penduduk di sini beragama Islam. PERLUKAH KEADAAN SEPERTI INI BERLAKU ??????
KES PERTAMA
Posted: 25 Mar 2012 08:25 AM PDT
![]() SUNGAI LALANG – Seorang budak lelaki menerima 20 jahitan akibat diserang anjing ketika sedang bermain bola sepak di Padang Awam Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, dalam kejadian jam 6 petang kelmarin. Mangsa, Muhammad Nabil Amin Abd Wahab, 10, yang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim berkata, dia menjadi penjaga gol ketika bermain bola semasa diserang tiga ekor anjing dari arah belakang. "Semua rakan yang terlihat anjing menghampiri melarikan diri terlebih dahulu dan saya yang sakit kaki tidak dapat berlari menyebabkan menjadi sasaran tiga anjing yang sedang kelaparan. "Saya ternampak mulut anjing yang terbuka luas sehingga menyambar kaki kiri dan sempat menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang," katanya. Ketika itu, katanya, seekor anjing berada di atasnya manakala dua lagi berada di bahagian kepala mengawasi setiap pergerakannya. Nasibnya baik apabila pelanggan kedai makan berdekatan yang sedang menikmati minum petang ternampak tangannya yang terkapai-kapai meminta tolong datang membantu. Nenek mangsa, Che Som Zakaria, 58, berkata, pagi hari berkenaan, dia terdengar kejadian anjing liar mengejar penduduk di lokasi sama lalu menasihati penduduk lain supaya menutup pintu pagar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Menurutnya, pada waktu petang kejadian, dia dikejutkan dengan nasib cucu yang diserang tiga anjing ketika bermain di padang sama. "Dia baru sahaja berehat selepas kecederaan luka di kaki kanan akibat terpijak kaca di padang sama ketika bermain dengan kawan-kawan namun tidak menyangka kejadian lebih teruk berlaku terhadap dirinya," katanya kepada Sinar Harian. Ibu mangsa, Nor Azila Osman, 29, berkata, anaknya sudah seminggu tidak ke padang permainan itu kerana belum sembuh sepenuhnya dari jahitan luka akibat kaca. "Dia memang dah lama tak ke padang sebab tak boleh jalan dengan baik dan hari ini (semalam) sepatutnya jahitan luka kaca dibuka tetapi semalam (kelmarin) kena tambah jahitan lagi di kaki kiri," katanya. Nor Azila berkata, kejadian digigit anjing kerap berlaku di kawasan perumahan berkenaan di mana sebulan lalu seorang budak perempuan sekolah rendah turut terkena gigitan anjing sewaktu pulang sekolah. Dia dan suami, Abd Wahab Tajudin, 34, yang sedang berada di tempat kerja terus ke hospital sebaik mendapat maklumat dari keluarga. Bapa saudara, Rosli Ismail, 40 berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya ke atas anjing liar yang sering berkeliaran secara berkumpulan di kawasan terbabit memberi ancaman terutama kepada kanak-kanak. Dalam pada itu, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa berhubung kejadian itu. -SH
KES KEDUA
Anjing Serang Budak Perempuan Di Seberang Perai![]() Dhiya Qairina, 7, menunjukkan gigitan dan cakaran anjing yang menyerangnya di Taman Perumahan Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, petang Ahad sambil diperhatikan oleh ibunya, Radziah Mohd Adas, 46. Dhiya yang bermain di hadapan rumahnya diserang oleh seekor anjing jirannya yang menyebabkan beliau diberi rawatan di sebuah hospital swasta. Kanak-kanak tersebut diselamatkan oleh bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif yang melihat kejadian tersebut.-fotoBERNAMA Kejadian berlaku kira-kira 6.5 petang ketika Dhiya Qairina sedang bermain basikal bersama kawan-kawanya di kawasan rumahnya apabila seekor anjing tiba-tiba muncul dari rumah berhampiran dan menyerang mereka. Ditanya pemberita di Hospital KPJ di sini pada Isnin, dia berkata, anjing itu sangat garang dan menerkamnya sehingga menyebabkan dia terjatuh. "Saya sangat takut dan menjerit memanggil ibu dan bapa saya kejar anjing itu," katanya. Bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, berkata, beliau membaling basikal anaknya ke arah anjing itu, sebelum anjing itu melepaskan anaknya. "Kami segera membawa Dhiya ke hospital dan dinasihat dimasukkan ke wad dan perlu dibedah akibat kecederaan di belakngnya," katanya. Beliau berkata, selepas dibedah, doktor memberitahu isteri saya kecederaan anak saya tidak perlu dijahit. "Doktor beritahu kami Dhiya perlu dimasukkan ke wad sekurang-kurangnya tigahari dan keadaannya perlu dipantau," katanya. Muhammad Nur Akmal berkata, pemilik anjing itu yang juga jiran mereka melawat anakya semalam dan menawar untuk membiayai kos rawatan anaknya. Beliau berkata, beliau telah membuat laporan polis semalam dan bercadangmengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing itu. - BERNAMA ![]() |
Menghubungkan generasi kedua felda lui selatan yang jauh atau yang dekat berkongsi cerita untuk kejayaan bersama.