Menghubungkan generasi kedua felda lui selatan yang jauh atau yang dekat berkongsi cerita untuk kejayaan bersama.
Selasa, 29 November 2011
Generasi keluar dari felda lui selatan
Generasi Felda Lui Selatan kini sudah ramai yang keluar dari rancangan mencari rezeki masing-masing di dalam menyara kehidupan keluarga masing-masing.Faktor utama penghijrahan adalah di sebabkan tiada pengalaman lain yang selama ini mengusahakan ladang getah ibubapa masing-masing .Bagi yang bekerja kerajaan kini telah mendapat peluang memeberikan khidmat masing-masing di luar kawasan.Tidak kurang juga bagi mereka yang telah menceburi pekerjaan di sektor swasta.Apa pula yang terjadi kepada meraka yang agak ketinggalan di sebabkan bakti mereka yang banyak menyumbang terus di Felda dan tidak kemana -mana .Keadaan ini selalu di salah ertikan dan pelbagai tanggapan dan kebanyakan kita menyalahkan mereka kerana tidak mahu keluar dari kepompong .Itu kalau kita yang selalu berfikir negatif dan selalu memandang serong terhadap mereka ini.Masing-masing mempunyai pendapat yang berlainan.Eloklah kalau kita perbetulkan nya supaya kita juga sama- sama turut membantu generasi kedua di felda lui selatan ini.Kesensaraan untuk meneruskan kehidupan ,serta mencari rezeki waktu ini tanpa bergantung harap kepada ibu bapa yang sekarang ini yang hanya di beri sara hidup .Kebanyakan generasi kedua ini berdikari dan merekalah yang dapat menjaga orang tua kita hingga akhir hayat.Kita perlulah memberi sokongan terus kepada mereka agar felda kita tidak kosong tanpa generasi akan datang.Apa akan jadi jika semua muda -mudi tiada di Felda Lui Selatan ,dah tentu akan ada orang luar yang akan mengambil kesempatan terhadap ibu,bapa,harta benda dan segala yang telah ada di tempat kita ini.Anda yang balik dari jauh pasti tidak mahu keadaan ini berlaku apatah lagi ramai bangsa asing keluar masuk di Felda Lui Selatan yang pada mereka adalah lubuk rezeki.Jangan sampai nanti jika rumah ibubapa anda dah ada orang asing yang duduk memandangkan anda sendiri tidak ambil tahu. Sama-samalah kita generasi kedua fikir-fikirkan.