Rabu, 30 November 2011

Doktor Lui Selatan ??

 Ape cerita nie ngan abang doktor tak terlantik nie.Dulu kena pulau sekampung merajuk kata tak bagi peluang . Bila dah bagi peluang  nampaknya cacing dah naik ke mata ,dah tak tau nak hormat orang tua. Boleh terang -terangan buat keje suntik -menyuntik. wahh.. HEBAT SANGAT KE KENA BENDA TU? Tanya sebab tak tau apa rasanye... dah berkali dah BERI PELUANG nampaknya sama je tak berubah jugak.Tak cukup dengan itu ada pula yang hidu gam.Bukan tak de yang nak nasihat,dah pekena otak tak leh nak pikir dah. Isu remaja kita yang mabuk air setan terang-tarang ni dah berleluasa kat Felda kita.Botol bersepah-sepah dah tak pandai nak simpan.Dulu botol ada jugak apek ambik ,sekarang ni sape nak ambik .Kalau baik untuk kesihatan tak pe dek, ni leh rosak badan.Dalam agama islam mengharamkan minum arak .Selagi bernyawa ni insaf la.. tak guna kalau becerai nyawa dari badan segalanya dah terlambat...Renungkan la...

Selasa, 29 November 2011

Apa Dah Jadi

  Sapa yang nak  di salahkan ... nak tau kenapa ,Apa Dah Jadi Nie.. adik -adik kita yang masih bersekolah dan masih remaja berkumpul ramai-ramai lelaki & perempuan sampai tengah malam berpeleseran semata-mata guna alasan nak cari maklumat guna internet di luar kawasan sekitar  Balai Raya,berhampiran Padang Bola dan ditempat-tempat terlindung nie dek.Akak-akak,abang-abang,emak-bapak perhatikanla..... Malu kalau apa-apa terjadi.Pelbagai perkara leh jadi.Jangan la di salah guna kemudahan yang ada. Gunakan pada masa yang sesuai jangan sampai keterlaluan.Nanti bila di tuduh macam mana.Malu keluarga dek.Setiap yang kita buat ada batasnya.ingat ALLAH, kita nie kebanyakan beragama Islam.malu kalau bangsa lain tengok bangsa kita.Jangan anggap mereka ni dah sepenuhnya boleh jaga diri nanti takut terjadi HARAP PAGAR,PAGAR MAKAN PADI... & tak de guna kalau NASI DAH JADI BUBUR..renung-renungkan lah....

Generasi keluar dari felda lui selatan

      Generasi Felda Lui Selatan kini sudah ramai yang keluar dari rancangan mencari rezeki masing-masing di dalam menyara kehidupan keluarga masing-masing.Faktor utama penghijrahan adalah di sebabkan tiada pengalaman lain yang selama ini mengusahakan ladang getah ibubapa masing-masing .Bagi yang bekerja kerajaan kini telah mendapat peluang memeberikan khidmat masing-masing di luar kawasan.Tidak kurang juga bagi mereka yang telah menceburi pekerjaan di sektor swasta.Apa pula yang terjadi kepada meraka yang agak ketinggalan di sebabkan bakti mereka yang banyak menyumbang terus di Felda dan tidak kemana -mana .Keadaan ini selalu di salah ertikan dan pelbagai tanggapan dan kebanyakan kita menyalahkan mereka kerana tidak mahu keluar dari kepompong .Itu kalau kita yang selalu berfikir negatif dan selalu memandang serong terhadap mereka ini.Masing-masing mempunyai pendapat yang berlainan.Eloklah kalau kita perbetulkan nya supaya kita juga sama- sama turut membantu generasi kedua di felda lui selatan ini.Kesensaraan untuk meneruskan kehidupan ,serta mencari rezeki waktu ini tanpa bergantung harap kepada ibu bapa yang sekarang ini yang hanya di beri sara hidup .Kebanyakan generasi kedua ini berdikari dan merekalah yang dapat menjaga orang tua kita hingga akhir hayat.Kita perlulah memberi sokongan terus kepada mereka agar felda kita tidak kosong tanpa generasi akan datang.Apa akan jadi jika semua muda -mudi tiada di Felda Lui Selatan ,dah tentu akan ada orang luar yang akan mengambil kesempatan terhadap ibu,bapa,harta benda dan segala yang telah ada di tempat kita ini.Anda yang balik dari jauh pasti tidak mahu keadaan ini berlaku apatah lagi ramai bangsa asing keluar masuk di Felda Lui Selatan yang pada mereka adalah lubuk rezeki.Jangan sampai nanti jika rumah ibubapa anda dah ada orang asing yang duduk memandangkan anda sendiri tidak ambil tahu. Sama-samalah kita generasi kedua fikir-fikirkan.