Kalau sebut tentang isu nie memang panas hati jerk..Tapi,walau macam mana panas pun hati nie, kita sebagai generasi kedua berhak tahu apa masalah yang berlaku sehingga kini RUMAH GENERASI KEDUA HANYA JANJI KOSONG SEMATA-MATA..Benarkah kenyataan itu?
Sejauh mana peranan yang dimainkan oleh bahagian JKKK/JKKR FELDA , PENGURUS FELDA DAN PENGERUSI BELIA dalam isu ini ?Adakah kerana tiada kepentingan atau keuntungan peribadi maka isu ini di biarkan begitu saja? Adakah mereka memang tak nak ambil tahu akan hal ini dengan membutakan mata serta memekakan telinga....SAMPAI BILA? Tak kan nak kena panggil ADUAN RAKYAT...
Generasi kedua yang menetap di felda memang BENAR-BENAR memerlukan RUMAH..Ini bukan cakap-cakap kosong ..Ada pihak seperti GWGF banyak memberi bantuan perumahan pada generasi kedua dan telah ramai di rancangan luar sana mendapat hak mereka tetapi IANYA PERLULAH MEMBUAT PERMOHONAN DAN PIHAK YANG DI NYATAKAN SEPERTI DI ATAS HENDAKLAH MEMAINKAN PERANAN MASING-MASING..
SETAKAT INI, UNTUK MAKLUKMAN SEMUA GENERASI FELDA LUI SELATAN BELUM ADA LAGI USUL INI KEPADA GWGF..YANG TAK ABIS-ABIS DARI DULU HANYALAH BANCIAN , SEDANGKAN PIHAK PENGURUSAN SENDIRI TAHU ..DENGAR BAB BANCI NIE NAK MENANAH TELINGA TAPI HABUK PUN TAK ADE..
 |
KERATAN AKHBAR |
 |
KERATAN AKHBAR |
Generasi kedua Felda Lui Selatan HARAP hal ini di pandang serius kerana semakin hari kami generasi kedua semakin meningkat usia..Tak kan nak tunggu kami umur dah tua baru sibuk nak ambil tahu..Tak pun nak tunggu dalam felda nie penuh dengan warga asing baru risau..MACAM MANA TAK PENUH WARGA ASING KALAU SEMUA GENERASI KEDUA LARI KE BANDAR MENCARI PETEMPATAN...Silap-silap hari bulan warga felda pada masa akan datang semuanya WARGA ASING..