Sejak kebelakangan ini beberapa ekor anjing liar tiada bertuan di dapati berkeliaran di kawasan rancangan felda lui selatan.Di dapati beberapa ekor anjing tidak bertuan ini mengganggu sebilangan penduduk felda lui selatan yang melalui lokasi lokasi utama pejalan kaki.Makluman berkenaan anjing liar mengganggu penduduk setakat ini belum di ambil tindakan,berkemungkinan di sebabkan belum ada laporan berlakunya serangan terhadap penduduk felda lui selatan buat masa ini.Jika di biarkan perkara ini berpanjangan ianya akan menjadi lebih berbahaya kerana anjing liar ini akan bertambah dari masa ke semasa.Pihak PENGURUSAN FELDA di minta memberi kerjasama dan juga PIHAK KESELAMATAN KAMPUNG perlu mengambil berat memandangkan majoriti penduduk di sini beragama Islam. PERLUKAH KEADAAN SEPERTI INI BERLAKU ??????
KES PERTAMA
Posted: 25 Mar 2012 08:25 AM PDT
![]() SUNGAI LALANG – Seorang budak lelaki menerima 20 jahitan akibat diserang anjing ketika sedang bermain bola sepak di Padang Awam Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, dalam kejadian jam 6 petang kelmarin. Mangsa, Muhammad Nabil Amin Abd Wahab, 10, yang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim berkata, dia menjadi penjaga gol ketika bermain bola semasa diserang tiga ekor anjing dari arah belakang. "Semua rakan yang terlihat anjing menghampiri melarikan diri terlebih dahulu dan saya yang sakit kaki tidak dapat berlari menyebabkan menjadi sasaran tiga anjing yang sedang kelaparan. "Saya ternampak mulut anjing yang terbuka luas sehingga menyambar kaki kiri dan sempat menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang," katanya. Ketika itu, katanya, seekor anjing berada di atasnya manakala dua lagi berada di bahagian kepala mengawasi setiap pergerakannya. Nasibnya baik apabila pelanggan kedai makan berdekatan yang sedang menikmati minum petang ternampak tangannya yang terkapai-kapai meminta tolong datang membantu. Nenek mangsa, Che Som Zakaria, 58, berkata, pagi hari berkenaan, dia terdengar kejadian anjing liar mengejar penduduk di lokasi sama lalu menasihati penduduk lain supaya menutup pintu pagar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Menurutnya, pada waktu petang kejadian, dia dikejutkan dengan nasib cucu yang diserang tiga anjing ketika bermain di padang sama. "Dia baru sahaja berehat selepas kecederaan luka di kaki kanan akibat terpijak kaca di padang sama ketika bermain dengan kawan-kawan namun tidak menyangka kejadian lebih teruk berlaku terhadap dirinya," katanya kepada Sinar Harian. Ibu mangsa, Nor Azila Osman, 29, berkata, anaknya sudah seminggu tidak ke padang permainan itu kerana belum sembuh sepenuhnya dari jahitan luka akibat kaca. "Dia memang dah lama tak ke padang sebab tak boleh jalan dengan baik dan hari ini (semalam) sepatutnya jahitan luka kaca dibuka tetapi semalam (kelmarin) kena tambah jahitan lagi di kaki kiri," katanya. Nor Azila berkata, kejadian digigit anjing kerap berlaku di kawasan perumahan berkenaan di mana sebulan lalu seorang budak perempuan sekolah rendah turut terkena gigitan anjing sewaktu pulang sekolah. Dia dan suami, Abd Wahab Tajudin, 34, yang sedang berada di tempat kerja terus ke hospital sebaik mendapat maklumat dari keluarga. Bapa saudara, Rosli Ismail, 40 berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya ke atas anjing liar yang sering berkeliaran secara berkumpulan di kawasan terbabit memberi ancaman terutama kepada kanak-kanak. Dalam pada itu, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa berhubung kejadian itu. -SH
KES KEDUA
Anjing Serang Budak Perempuan Di Seberang Perai![]() Dhiya Qairina, 7, menunjukkan gigitan dan cakaran anjing yang menyerangnya di Taman Perumahan Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, petang Ahad sambil diperhatikan oleh ibunya, Radziah Mohd Adas, 46. Dhiya yang bermain di hadapan rumahnya diserang oleh seekor anjing jirannya yang menyebabkan beliau diberi rawatan di sebuah hospital swasta. Kanak-kanak tersebut diselamatkan oleh bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif yang melihat kejadian tersebut.-fotoBERNAMA Kejadian berlaku kira-kira 6.5 petang ketika Dhiya Qairina sedang bermain basikal bersama kawan-kawanya di kawasan rumahnya apabila seekor anjing tiba-tiba muncul dari rumah berhampiran dan menyerang mereka. Ditanya pemberita di Hospital KPJ di sini pada Isnin, dia berkata, anjing itu sangat garang dan menerkamnya sehingga menyebabkan dia terjatuh. "Saya sangat takut dan menjerit memanggil ibu dan bapa saya kejar anjing itu," katanya. Bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, berkata, beliau membaling basikal anaknya ke arah anjing itu, sebelum anjing itu melepaskan anaknya. "Kami segera membawa Dhiya ke hospital dan dinasihat dimasukkan ke wad dan perlu dibedah akibat kecederaan di belakngnya," katanya. Beliau berkata, selepas dibedah, doktor memberitahu isteri saya kecederaan anak saya tidak perlu dijahit. "Doktor beritahu kami Dhiya perlu dimasukkan ke wad sekurang-kurangnya tigahari dan keadaannya perlu dipantau," katanya. Muhammad Nur Akmal berkata, pemilik anjing itu yang juga jiran mereka melawat anakya semalam dan menawar untuk membiayai kos rawatan anaknya. Beliau berkata, beliau telah membuat laporan polis semalam dan bercadangmengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing itu. - BERNAMA ![]() |
Generasi Kedua Felda Lui Selatan
Menghubungkan generasi kedua felda lui selatan yang jauh atau yang dekat berkongsi cerita untuk kejayaan bersama.
Rabu, 21 November 2012
ANJING LIAR BERKELIARAN DI FELDA LUI SELATAN
Sabtu, 20 Oktober 2012
MINTA BANTUAN ORANG RAMAI
Isteri ikut 'kekasih gelap'
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Oktober 2012
20 Oktober 2012

Mohd Salleh menunjukkan laporan polis dan gambar isteri dan anaknya yang hilang.
JEMPOL- Seorang suami terpaksa membuat empat laporan polis membabitkan kehilangan anak dan isterinya dipercayai mengikut seorang lelaki pada 15 Oktober lalu.
Bapa tiga cahaya mata, Mohd Salleh Hussin, 54, berkata, tidak menyangka isterinya hilang bersama seorang anaknya, Nuralia Nadira,3, ketika keluar membeli barang di pekan Bahau pada 15 Oktober lalu.
Menurutnya, sebelum ini isterinya, Nik Rosmalina Nik Mat, 28 akan memaklumkan kepadanya sekiranya pulang lewat.
“Namun, sehingga jam 7 petang dia masih tidak pulang. Dalam keadaan kelam-kabut dompet saya pula hilang pada hari yang sama tetapi tidak saya endahkan sebab sibuk mencari isteri dan anak.
“Kemudian, saya cuba hubungi isteri namun tidak berjawab. Esok harinya (16 Oktober) saya pergi ke bank untuk keluarkan duit menggunakan buku sebab kad pengeluaran wang automatik (ATM) hilang bersama dompet.
“Alangkah terkejutnya saya apabila pegawai bank memaklumkan saya telah mengeluarkan duit kira-kira RM5,004 bermula jam 7.14 pagi pada 15 Oktober lepas, secara berulang di tempat yang sama iaitu dekat Petronas, Serdang Raya, Selangor,” katanya.
Menurutnya, dia juga dimaklumkan melalui kamera litar tertutup dekat kawasan itu, bahawa terdapat seorang lelaki mengeluarkan wang pada 7.14 pagi dengan menaiki kereta jenis Proton Wira Aerobik.
“Saya terpaksa menyekat semua kad ATM bagi mengelakkan duit saya terus dikeluarkan dan saya mengesyaki isteri yang mengambil dompet itu.
“Saya difahamkan daripada keluarga terdekat bahawa isteri saya ada mengenali seorang lelaki melalui telefon kemudian berhubung melalui laman sosial Facebook. jadi, saya percaya perkara ini ada kaitan dengan kehilangan mereka.
“Namun, saya harap sangat lelaki terbabit serah diri dekat balai polis terdekat dan berharap supaya isteri dan anak pulang semula ke rumah,” katanya.
Mohd Salleh berkata, orang ramai yang mengenali atau melihat isterinya dan anaknya diminta segera menghubunginya di talian 019-2041301 atau 06-4692800.
Tambahnya, dia bersedia berbincang dengan isterinya secara baik berhubung perkara terbabit selain tidak mahu hal itu berlarutan terlalu lama.
Untuk rekod, laporan pertama, Mohd Salleh membuat repot mengenai kehilangan dompet berisi pelbagai kad bank; repot kedua mengenai kehilangan isterinya; repot ketiga mengenai duit dalam akaunnya hilang dan keempat mengenai menjejak panggilan keluar masuk nombor telefon isterinya.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Khamis, 15 Disember 2011
Selasa, 13 Disember 2011
RUMAH GENERASI KEDUA
Kalau sebut tentang isu nie memang panas hati jerk..Tapi,walau macam mana panas pun hati nie, kita sebagai generasi kedua berhak tahu apa masalah yang berlaku sehingga kini RUMAH GENERASI KEDUA HANYA JANJI KOSONG SEMATA-MATA..Benarkah kenyataan itu?
Sejauh mana peranan yang dimainkan oleh bahagian JKKK/JKKR FELDA , PENGURUS FELDA DAN PENGERUSI BELIA dalam isu ini ?Adakah kerana tiada kepentingan atau keuntungan peribadi maka isu ini di biarkan begitu saja? Adakah mereka memang tak nak ambil tahu akan hal ini dengan membutakan mata serta memekakan telinga....SAMPAI BILA? Tak kan nak kena panggil ADUAN RAKYAT...
Generasi kedua yang menetap di felda memang BENAR-BENAR memerlukan RUMAH..Ini bukan cakap-cakap kosong ..Ada pihak seperti GWGF banyak memberi bantuan perumahan pada generasi kedua dan telah ramai di rancangan luar sana mendapat hak mereka tetapi IANYA PERLULAH MEMBUAT PERMOHONAN DAN PIHAK YANG DI NYATAKAN SEPERTI DI ATAS HENDAKLAH MEMAINKAN PERANAN MASING-MASING..
SETAKAT INI, UNTUK MAKLUKMAN SEMUA GENERASI FELDA LUI SELATAN BELUM ADA LAGI USUL INI KEPADA GWGF..YANG TAK ABIS-ABIS DARI DULU HANYALAH BANCIAN , SEDANGKAN PIHAK PENGURUSAN SENDIRI TAHU ..DENGAR BAB BANCI NIE NAK MENANAH TELINGA TAPI HABUK PUN TAK ADE..
Generasi kedua Felda Lui Selatan HARAP hal ini di pandang serius kerana semakin hari kami generasi kedua semakin meningkat usia..Tak kan nak tunggu kami umur dah tua baru sibuk nak ambil tahu..Tak pun nak tunggu dalam felda nie penuh dengan warga asing baru risau..MACAM MANA TAK PENUH WARGA ASING KALAU SEMUA GENERASI KEDUA LARI KE BANDAR MENCARI PETEMPATAN...Silap-silap hari bulan warga felda pada masa akan datang semuanya WARGA ASING..

![]() |
KERATAN AKHBAR |

Khamis, 1 Disember 2011
Program Karnival Sukan Di Felda ((Anjuran Belia Fela Lui Selatan 2)
Betul ke Belia Felda Lui Selatan Dua akan menganjurkan Karnival tak lama lagi .Dengar cerita dalam pertengahan bulan ni.Mungkin ramai yang tak tau tentang program yang akan di laksanakan ni.Lagi pun banyak perkara yang perlu di susun atur sebab bukan senang nak anjurkan program.Kalau jadi Karnival Sukan ni kira ok la..SELAMAT MAJU JAYA BELIA FELDA LUI SELATAN.
Generasi Kedua Felda Lui Selatan: Generasi keluar dari felda lui selatan
Generasi Kedua Felda Lui Selatan: Generasi keluar dari felda lui selatan: Generasi Felda Lui Selatan kini sudah ramai yang keluar dari rancangan mencari rezeki masing-masing di dalam menyara kehidupan keluarg...
Rabu, 30 November 2011
Doktor Lui Selatan ??
Ape cerita nie ngan abang doktor tak terlantik nie.Dulu kena pulau sekampung merajuk kata tak bagi peluang . Bila dah bagi peluang nampaknya cacing dah naik ke mata ,dah tak tau nak hormat orang tua. Boleh terang -terangan buat keje suntik -menyuntik. wahh.. HEBAT SANGAT KE KENA BENDA TU? Tanya sebab tak tau apa rasanye... dah berkali dah BERI PELUANG nampaknya sama je tak berubah jugak.Tak cukup dengan itu ada pula yang hidu gam.Bukan tak de yang nak nasihat,dah pekena otak tak leh nak pikir dah. Isu remaja kita yang mabuk air setan terang-tarang ni dah berleluasa kat Felda kita.Botol bersepah-sepah dah tak pandai nak simpan.Dulu botol ada jugak apek ambik ,sekarang ni sape nak ambik .Kalau baik untuk kesihatan tak pe dek, ni leh rosak badan.Dalam agama islam mengharamkan minum arak .Selagi bernyawa ni insaf la.. tak guna kalau becerai nyawa dari badan segalanya dah terlambat...Renungkan la...
Langgan:
Catatan (Atom)